UNIT 3.2 PELBAGAI JENIS MAKANAN YANG HAIWAN MAKAN

1. Haiwan yang berbeza makan makanan yang berbeza .

2. Sesetengah haiwan makan tumbuhan untuk terus hidup .

3. Haiwan makan bahagian tumbuhan yang berbeza .

4. Gajah dan zirafah makan pucuk dan daun tumbuhan .

5. Leher zirafah dan belalai gajah yang panjang membantu mereka mencapai daun-daun pokok yang    tinggi .

6. Lembu , rusa dan kuda makan rumput .

7. Haiwan-haiwan ini makan rumput untuk memperoleh tenaga dan membesar.

8. Sesetengah haiwan makan haiwan lain .

9. Singa dan sergala makan haiwan seperti rusa dan arnab .

10. Helang menangkap ular , tikus dan haiwan lain sebagai makanan .

11. Sesetengah haiwan makan kedua-dua tmbuhan dan haiwan lain .

12. Ayam , kucing dan tikus adalah contoh haiwan yang sedemikian .

13. Ayam makan cacing dan bijian . Kucing makan ikan dan nasi .

14. Contoh haiwan-haiwan lain yang makan kedua-dua tumbuhan dan haiwan ialah :- tupai , burung , dan                itik .

No comments:

Post a Comment