UNIT 3 - HAIWAN

1. Haiwan hidup di merata tempat.
    Apakah yang haiwan perlukan untuk terus hidup ?
    Apakah makanan haiwan ?
    Dalam unit ini kamu akan mempelajari.....
        1. Pelbagai jenis makanan haiwan .
        2. Apakah yang diperlukan haiwan untuk hidup .
        3. Haiwan boleh membesar .


































UNIT 3.1
  • Apakah yang diperlukan haiwan untuk terus hidup ? 
         1. Haiwan ialah benda hidup .
              - Haiwan makan
              - Haiwan minum
              - Haiwan bernafas
              - Haiwan bergerak
              - Haiwan melahirkan anak

         2. Haiwan memerlukan makanan untuk hidup .

         3. Makanan membantu haiwan untuk membesar dan kekal sihat .

         4. Haiwan juga memerlukan air untuk terus hidup .

         5. Sesetengah haiwan memperoleh air daripada makanan yang dimakannya .
             Contohnya beluncas memperoleh air daripada daun yang dimakannya .

         6. Sesetengah haiwan seperti singa, rusa dan zirafah minum air sungai .

         7. Haiwan juga memerlukan udara untuk terus hidup. Tanpa udara haiwan akan mati .

         8. Haiwan yang hidup di darat menyedut udara semasa bernafas .

         9. Arnab di pelihara di dalam sangkar . Terdapat udara di dalam sangkar . Arnab boleh bernafas              dan terus hidup .

        10. Haiwan yang hidup di dalam air seperti ikan memperoleh udara daripada air .





.

No comments:

Post a Comment