3.3 HAIWAN MEMBESAR

1.Semua haiwan membesar.
2.Saiz dan jisim haiwan berubah semasa membesar.
3.Mereka menjadi lebih besar dan lebih berat.
4.Kebanyakan anak haiwan menyerupai induknya.
5.Mereka amat serupa.
6.Kucing,ikan lumba-lumba,kuda,gajah,harimau dan zirafah contoh haiwan sedemikian.
7.Sesetengah anak haiwan tidak menyerupai induknya.Mereka amat berbeza.Katak dan rama-rama adalah         contoh haiwan seperti ini.
8.Berudu dan beluncas kelihatan berbeza daripada induknya.
9.Katak dan rama-rama melalui beberapa peringkat semasa membesar.
10.Mereka berubah daripada satu bentuk kepada bentuk yang lain.
11.Berudu menetas daripada telur.Semasa berudu membesar,kaki akan terbentuk.Semakin ia membesar,ekornya memendek.Katak dewasa ada empat kaki tetapi tidak mempunyai ekor.
12.Beluncas menetas daripada telur.Ia makan daun dan membesar dengan cepat.Beluncas kemudian bertukar menjadi pupa.Akhirnya pupa akan bertukar menjadirama-rama dewasa.

No comments:

Post a Comment